KUALA LUMPUR: Sistem pemilihan penempatan pegawai perubatan atau ePlacement yang baharu dijangka dibuka semula antara Mei dan Jun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pelaksanaan sistem baharu itu dipimpin oleh timbalannya, Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka membuka semula permohonan dalam masa enam ke lapan minggu dari 17 Mac lalu selepas sistem baharu dimuktamadkan dan diuji kemampanannya sebelum dilaksanakan.
“ePlacement baharu ini lebih adil, bukan berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ yang mencetuskan gangguan teknikal.
“Jadi kami akan cerakinkan dan merangka satu sistem ePlacement yang akan mencerminkan algoritma untuk menjaga semua kawasan… jangan semua nak Lembah Klang, ada juga perlu ambil untuk Sabah dan Sarawak,” katanya selepas bertemu dengan pengurusan tertinggi Media Prima Berhad (Media Prima) di Balai Berita Bangsar, di sini hari ini.
Pada 27 Februari lalu KKM membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan ekoran gangguan teknikal yang serius berpunca daripada akses luar biasa terhadap sistem ePlacement.
Laporan penuh capaian pada hari kejadian menunjukkan terdapat lebih 19 juta ‘hit’ dan telah mengakibatkan pangkalan data sistem tidak dapat dicapai.
Akibat daripada masalah gangguan teknikal berkenaan, statistik permohonan juga menunjukkan lebihan penempatan yang diluluskan berbanding kuota asal.
Terdahulu pada lawatan itu, Dr Dzulkefly turut mengedarkan 300 pek juadah berbuka puasa kepada warga kerja Media Prima.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=969421036&pi=t.aa~a.1654364369~i.29~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1742901179&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F03%2F1376899%2Feplacement-dibuka-semula-seawal-mei-lebih-adil-bukan-siapa-cepat-dia&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1742901186620&bpp=1&bdt=1468&idt=1&shv=r20250320&mjsv=m202503200101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D5186dee1eb7fec42%3AT%3D1742893389%3ART%3D1742901186%3AS%3DALNI_MavssWeDTYq03KEqhukSpYRl0dHpw&gpic=UID%3D0000107335cc0543%3AT%3D1742893389%3ART%3D1742901186%3AS%3DALNI_MZ-N1XgPv8tEkIcWULJSC-5otbV1w&eo_id_str=ID%3Df444c3c43c885e9e%3AT%3D1742893389%3ART%3D1742901186%3AS%3DAA-AfjYX9yRgAduWKOt6_G8Wypvk&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=1370566327819&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=2562&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95331832%2C95344787%2C95353450%2C95356500%2C95356505%2C31091229%2C31090357%2C95354184%2C95355301&oid=2&pvsid=1702481269435278&tmod=1655281319&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=7&uci=a!7&btvi=1&fsb=1&dtd=5
Beliau kemudian melawat studio membabitkan stesen televisyen Media Prima iaitu TV3, TV9, 8TV serta bilik berita New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM) di bawah The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP).
Sebelum berangkat pulang, beliau dibawa meninjau operasi Konti Radio Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian Hot FM, Kool 101, Molek Fm, Fly Fm dan Eight Fm.
Kehadiran Dr Dzulkefly diiringi Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi (COO) Media Prima Omnia, Datuk Mohd Effendi Omar; Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Jasbant Singh.
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima, Rosli Sabarudin; Pengurus Besar Kumpulan Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima, Azlan Abdul Aziz.
Pengarang Kumpulan Berita & Hal Ehwal Semasa (NCA) Rangkaian Televisyen, Azhari Muhidin; Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Berita & Hal Ehwal Semasa Media Prima dan Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Abd Karim. dan Timbalan Pengarang Kumpulan NST, Sharanjit Singh.-BH Online