Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Tiada cuti khas akan diumumkan di Pulau Pinang sempena dengan pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos.

Walau bagaimanapun golongan majikan perlu memberikan pekerja mereka waktu untuk keluar mengundi, katanya.

“Dimaklumkan bahawa tiada cuti khas diberikan pada 12 Ogos, tetapi harus diingatkan bagi mereka yang bekerja, majikan perlu memberi keutamaan dan peluang untuk keluar mengundi,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menerusi hantaran Facebook.

Kebanyakan pekerja bercuti pada hari Sabtu tersebut.

Terdahulu Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng menyeru kerajaan negeri mengisytiharkan 12 Ogos sebagai hari cuti untuk memastikan peratus pengundi tinggi.

Seruan tersebut dibuat ketika perasmian manifesto PH-BN pada 1 Ogos.