Polis DiRaja Malaysia menafikan bahawa mereka cuba memerangkap dan menjadi ancaman kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata perangkap yang didakwa oleh Sanusi tidak merujuk kepada serangan musuh yang diterimanya pada saat-saat akhir berkempen.
“Dia mungkin dalam istilah digunakan terperangkap. Dia mungkin terperangkap dalam jem. Itu yang tidak dapat pergi kempen.
“Bila nak pergi syarahan (ceramah) memang ramai orang dalam kesesakan lalu lintas jadi dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mungkin itu maksud perangkap,” kata Ayob ketika meninjau pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Desas desus mengenai perangkap timbul apabila Sanusi tidak hadir ke sesi ceramah dua kali.
Perkara ini turut menimbulkan tanda tanya berkaitan keberkesanan pemimpin PAS tersebut kepada pimpinan tertinggi parti dan gabungan politiknya.