Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Oleh: Noraini Nordin

Wajah-wajah ceria membanjiri pameran ulang tahun ke 2 Kerajaan Madani yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang bermula 22 November 2024 dan 24 November 2024 lalu.

Pameran yang dibuka selama tiga hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarat dan umur.

Kehadiran hampir 400 ribu pengunjung ke program berprestij tersebut membuktikan bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berlapang dada meraikan dua tahun Kerajaan Madani .
Mereka sanggup meluangkan masa untuk melihat sendiri pencapaian Kerajaan Madani juga ingin menyuarakan pandangan mereka secara terus dengan kerajaan melalui program tersebut.

RAKYAT MAHU MENILAI SENDIRI KERAJAAN MADANI

Penulis adalah antara puluhan ribu pengunjung yang membanjiri Program 2TM sebaik sahaja pintu pameran dibuka pada 22 November lalu.

Dan pada hari terakhir penulis sekali lagi mengunjungi Program 2TM untuk menikmati suasana meriah bersama lautan orang ramai yang hadir secara berkumpulan bersama keluarga dan teman-teman.

Pastinya niat kami sama iaitu mahu memaknai, menyantuni serta meraikan ulang tahun Kerajaan Madani yang diterajui oleh PMX.

Pengunjung daripada pelbagai peringkat usia dan bangsa tanpa menghiraukan kesesakan mahu menyaksikan serta menilai sendiri insiatif serta rancangan PMX pada masa depan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat Malaysia.

SIKAP POSITIF RAKYAT

Bagi penulis sikap positif rakyat terhadap Kerajaan Madani adalah petanda bahawa mereka amat gembira bernaung di bawah pentadbiran PMX yang diketahui amat gigih memacu kebangkitan Malaysia ke arah yang lebih cemerlang.

Hakikat yang perlu disedari , bukan semua rakyat menutup mata , memekak telinga secara melulu untuk menafikan apa yang telah Kerajaan Madani usahakan untuk memberi kehidupan terbaik kepada mereka.

Pengunjung telah menyaksikan sendiri
Program 2 TM yang mengabungkan semua kementerian telah berkongsi informasi kepada rakyat berkaitan inisiatif , dasar baharu serta pencapaian dua tahun pentadbiran Kerajaan Madani.

Kerajaan Madani bukan omong-omong kosong’ atautong kosong’ . Kerajaan Madani dengan berani telah mengundang rakyat menilai sendiri pencapaian serta memberi padangan serta idea secara langsung demi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.

Terbukti rakyat menyahut seruan itu dengan datang beramai-ramai ke Program 2 TM yang di adakan di perut ibu negara.

Menariknya, pengunjung yang datang bukan sahaja sekadar hanya melawat pameran dari satu kementerian ke kementerian tetapi juga turut melibatkan diri dalam pelbagai acara yang berlangsung dengan semangat perpaduan serta harmoni.

Penulis sendiri teruja melihat betapa gembiranya pengunjung mendapat topi keledar baharu dengan cara menukar topi keledar lama mereka di kaunter-kaunter khas yang disediakan.

Sejumlah lima ribu topi keledar baharu bertukar tangan kepada pengunjung bertuah ‘buah tangan’ daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Di Kaunter Karnival Kerjaya MYFuture Jobs , golongan muda berpusu membuat pendaftaran untuk merealisasikan impian kerjaya yang menawarkan lebih tiga ribu peluang pekerjaan serta jawatan dalam pelbagai bidang.

Anak muda juga tertarik dengan E-Sport yang kini menjadi industri yang berkembang dan mempunyai potensi tinggi kepada belia.
Program 2 TM telah memberi peluang kepad golongan muda untuk mengasah bakat serta peluang serta tournament di peringkat antarabangsa.

Selain itu, diskaun kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sehingga 60 peratus, Jualan Madani pula menawarkan 30 peratus barangan lebih murah daripada pasaran dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian.
Reruai Kementerian Kesihatan turut mendapat sambutan kerana terdapat saringan kesihatan percuma serta pelbagai kemudahan yang disediakan khasnya untuk pengunjung kkasnya untuk warga emas.

Pastinya Program 2TM menjadi memori bermotivasi kepada pengunjung kerana setiap kementerian menawarkan pelbagai inisiatif serta kemudahan termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia .

Paling menarik pada hari ke dua , orang ramai berpeluang bersemuka dengan PMX dalam sesi townhall yang meriah.
Selain PMX sebahagian besar Menteri Kerajaan Madani turut hadir meraikan pengunjung serta berswafoto dengan mereka.

Dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat yang menyokong Kerajaan Madani diharap yang berangan-angan untuk melihat PMX tumbang pasti dilanda kecewa.-Media Perpaduan