Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Usaha cemerlang allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan kementeriannya dalam mengawal harga barang telah menyumbang kepada trend penurunan kadar inflasi, ciap Kementerian Ekonomi.

“Alhamdulilah, trend penurunan kadar inflasi berterusan dari 2.8% ke 2.4%, terendah dalam 6 bulan pertama 2023!

Penanda penstabilan harga barang secara menyeluruh

Bukti usaha cemerlang Kementerian KPDN dan allahyarham Menteri @MyDSA_official
dalam mengawal harga barang.

Kementerian Ekonomi turut menyertakan infografik pesanan allahyarham ketika berkhidmat.

“Fokus saya adalah untuk rakyat Malaysia yang susah. Saya akan bantu, saya janji.

“Cita-cita saya adalah kalau boleh Rahmah ini jadi satu value (nilai).

“Mungkin sampai bila-bila setiap peniaga atau antara kita yang membuka perniagaan, yang untung atau pun tidak untung, tapi ada portion (bahagian) daripada perniagaan kita dah niat untuk bantu orang yang susah.

“Kalau itu boleh berlaku, Insya Allah, negara Malaysia boleh jadi negara kasih sayang.”

Allahyarham kini dikenali dengan gelaran Bapa Rahmah meninggal dunia pada 23 Julai selepas mengalami pendarahan otak.