DAP Pulau Pinang menggugurkan tujuh orang penyandang yang rata-ratanya merupakan pemimpin veteran dan anak didik mereka di dalam pilihan raya negeri Pulau Pinang yang akan berlangsung pada 12 Ogos.
N07 Sungai Puyu yang sebelum ini diwakili Phee Boon Poh dan N08 Bagan Jermal oleh Soon Lip Chee digantikan masing-masing oleh Phee Syn Tze dan Chee Yeeh Keen.
DAP turut memperkenalkan calon baru di N09 Bagan Dalam. Kumaran Krishnan menggantikan Satees Muniandy.
Chong Eng digantikan oleh Daniel Gooi Zi Sen yang sebelum ini menjadi Adun Pengkalan Kota. Di N27 Pengkalan Kota pula Wong Yuee Harng dicalonkan mewakili DAP.
Timbalan Ketua Menteri (II) P Ramasamy turut digugurkan di N16 Perai dan digantikan dengan Sundarajoo Somu.
Di N34 Paya Terubong Yeoh Soon Hin digantikan oleh Wong Hon Wai, bekas ahli parlimen Bukit Bendera.
N25 Pulau Tikus turut memperlihatkan perubahan calon. Lee Chun Kit berundur atas faktor kesihatan dan diganti oleh Joshua Woo Sze Zeng.
Connie Tan Hooi Peng pula dicalonkan di Seri Delima memandangkan ADUN terdahulu Syerleena Abdul Rashid mahu menumpukan perhatian kepada kerusi Bukit Bendera yang dimenanginya semasa pilihan raya umum ke-15.
Berikut adalah senarai lengkap calon -calon DAP di Pulau Pinang:
N07 Sungai Puyu Phee Syn Tze
N08 Bagan Jermal Chee Yeeh Keen
N09 Bagan Dalam Kumaran Krishnan
N13 Berapit Heng Lee
N15 Padang Lalang Daniel Gooi Zi Sen
N16 Perai Sundarajoo Somu
N19 Jawi Jason H’ng Mooi Lye
N22 Tanjong Bunga Zairil Khir Johari
N23 Air Putih Lim Guan Eng
N25 Pulau Tikus Joshua Woo Sze Zeng
N26 Padang Kota Chow Kon Yeow
N27 Pengkalan Kota Wong Yuee Harng
N28 Komtar Teh Lai Heng
N29 Datok Keramat Jagdeep Singh Deo
N30 Sungai Pinang Lim Siew Khim
N31 Batu Lancang Ong Ah Teong
N32 Seri Delima Connie Tan Hooi Peng
N33 Air Itam Joseph Ng Soon Siang
N34 Paya Terubong Wong Hon Wai
Loke turut menamakan mantan Adun Yeoh Soon Hing sebagai pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Yeoh akan ditawarkan kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.
Untuk negeri Kedah, DAP menamakan Teh Swee Leong untuk Kota Darulaman dan Tan Kok Yew untuk Derga