Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita Sempena Hari Pekerja 2026 –
Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa)

Melihat keterujaan sosok-sosok tubuh yang membanjiri Unifi Arena , Bukit Jalil pada 1 Mei lalu dapatlah dirumuskan betapa gembiranya mereka dengan beberapa berita baik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Pekerja 2026 yang bertemakan `Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa’.

Pada hari tersebut di hadapan lebih 15 ribu warga kerja dari sektor awam dan swasta yang berhimpun di Unifi Arena , PMX yang menerajui Kerajaan MADANI telah mengumumkan beberapa berita baik untuk golongan pekerja.

Sambutan Hari Pekerja 2026 telah diraikan dengan penuh kemeriahan dan paling bermakna dengan semangat perpaduan yang hebat.

Sudah pasti jiwa mereka tersentuh kerana setiap keringat , idea serta pengorbanan pekerja dari setiap lapisan masyarakat amat dihargai oleh Kerajaan MADANI.

Berikut adalah sorotan utama yang menjadikan sambutan tahun ini sangat meriah serta menceriakan.

AMANAT KHAS PMX

Sewaktu menyampaikan Amanat Khas PM: PMX menekankan penghargaan tertinggi kepada golongan pekerja sebagai tunjang pembangunan ekonomi negara.

Inisiatif Kerajaan: PM telah mengumumkan tiga inisiatif utama yang membawa berita baik kepada golongan pekerja, bertujuan meningkatkan kesejahteraan sosial dan daya saing tenaga kerja.

Fokus Pembangunan: Sambutan ini memperkukuh kesedaran mengenai pembangunan kemahiran dan kepentingan daya saing tenaga kerja negara.

Sambutan ini bukan sekadar penghargaan, tetapi juga menyemarakkan semangat pekerja untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara Malaysia yang inklusif dan mampan

Pengumuman tersebut adalah:-

  1. Pakej Daya Tahan Ekonomi (PACE) bernilai lebih RM710 juta
  • PACE adalah sebahagian daripada strategi daya tahan ekonomi, membawa implikasi yang sangat positif terhadap pembangunan modal insan dan kestabilan pasaran buruh.
  • Bertujuan memperkukuh pasaran buruh, pembangunan modal insan dan kestabilan kerjaya.

Empat inisiatif utama PACE 2026 :

  • Kesiapsiagaan Perlindungan Sosial
  • Pemerkasaan Latihan dan Penempatan Kerja
  • Pengupayaan Pekerja Gig
  • Pemantapan Bakat Muda dan Ketahanan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)
  1. Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB)
  • Elaun ini adalah bantuan kewangan bagi cuti tambahan sehingga 30 hari (sebulan) yang diambil selepas tamat tempoh cuti bersalin 98 hari
  • Beri manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita.
  1. Cadangan peluasan perlindungan PERKESO kepada warganegara Malaysia di luar negara
  • Beri manfaat lebih 480,000 pekerja
  • Kerajaan akan memperkukuh kerangka undang-undang sedia ada, termasuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bagi membolehkan perlindungan diperluaskan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, bermula dengan pekerja rentas sempadan Malaysia–Singapura.

MEMPERBAIKI TAHAP KEBAJIKAN GOLONGAN PEKERJA

Dengan apa yang diumumkan Perdana Menteri, ia membuktikan Kerajaan MADANI sentiasa berusaha memperbaiki tahap kebajikan golongan pekerja di negara ini.

Daripada semasa ke semasa, sentiasa ada usaha dan langkah baharu diperkenalkan bagi manfaat gologan pekerja.

Melalui langkah meningkatkan tahap kebajikan dan pemberian pelbagai bantuan, ia secara langsung akan melonjakkan prestasi pekerjaan yang seterusnya akan menguntungkan negara secara keseluruhannya.-Media Perpaduan