Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PARIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa pelaksanaan cukai karbon yang bakal diperkenalkan tidak akan menjejaskan aktiviti pelaburan di Malaysia.

Beliau berkata, perincian mengenai pelaksanaan cukai ini sedang disemak dengan teliti dan akan mengambil kira kepentingan semua pihak, termasuk pelabur tempatan dan asing.

Katanya, walaupun cukai karbon tidak dapat dielakkan, langkah berhati-hati akan diambil bagi memastikan kesannya terhadap pelaburan adalah minimum.

“Cadangan cukai karbon tidak boleh dilihat sebagai penghalang buat pelabur. Ia perlu dilaksanakan secara berhati-hati dan beransur-ansur.

“Kami akan memuktamadkannya dalam tempoh beberapa bulan lagi,” katanya.

Perdana Menteri menyampaikan kenyataan itu semasa sesi meja bulat bersama pemimpin industri Perancis yang turut disertai oleh wakil daripada lebih 42 syarikat Perancis dan 18 syarikat Malaysia.-BH Online