Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

JASIN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dipilih sebagai pusat sehenti kepada pelajar maahad tahfiz untuk menjalani program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke Mesir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelajar terbabit akan mengikuti pengajian bahasa Arab selama setahun di universiti itu sebelum meneruskan pengajian di Mesir.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=1103367320&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1748173066&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1400342%2Fusim-dipilih-pusat-sehenti-pelajar-tahfiz-sebelum-ke-mesir-zahid&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1748173070461&bpp=2&bdt=3798&idt=-M&shv=r20250521&mjsv=m202505200101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dd892a9d1649b5c6f%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748168035%3AS%3DALNI_Ma4xYZanDxOmI0aZr0FzkOwztMT7w&gpic=UID%3D000010e60fab97e1%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748168035%3AS%3DALNI_MY8BOP5sUa5-AL4yvRkOpgno4wQrw&eo_id_str=ID%3D759c8eaa641054b2%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748168035%3AS%3DAA-AfjYhZ8gFYrDfwv-opDcO_FvY&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=8170033389739&frm=20&pv=1&u_tz=180&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=940&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95353387%2C95360814%2C95361623%2C95360953%2C95360692&oid=2&pvsid=8463993253867628&tmod=535614923&uas=1&nvt=1&ref=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1400342%2Fusim-dipilih-pusat-sehenti-pelajar-tahfiz-sebelum-ke-mesir-zahid%3F__cf_chl_tk%3DXQ3lowU2n_Mo_E4H1q0gdCKMy0qVHEHaCKNJv0_02aE-1748173055-1.0.1.1-wsAYjMTXHc0aHZNc188E8Cd150o7nIYTLMKhzw9hofE&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=2&uci=a!2&btvi=1&fsb=1&dtd=47

Beliau berkata, kaedah itu dipersetujui selepas perbincangan diadakan dengan kerajaan Mesir sebelum ini.

“Kaedah bagi penghantaran pelajar ke Mesir ini kita akan melakukan persediaan jurusan yang diambil dalam bahasa Arab di USIM selama setahun kerana persetujuan sudah dimeterai antara kedua-dua kerajaan.

“Tujuan pemilihan USIM sebagai pusat sehenti itu adalah untuk persediaan awal pengajaran bahasa Arab sebelum melanjutkan pengajian ke Mesir,” katanya selepas menghadiri perasmian Kompleks Dakwah Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Kampung Bukit Senggeh, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kelayakan pengajian itu diberikan kepada lepasan maahad tahfiz yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran selain memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Lima yang setaraf diploma.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya mempunyai senarai 100 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang memperoleh 10A dan ke atas yang layak melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.

Namun, katanya, pihaknya memberi kelonggaran kepada pelajar terbabit yang tidak berminat dalam bidang perubatan untuk melanjutkan pengajian ke universiti lain.

“Jika ada kalangan pelajar terbabit yang meminati bidang kejuruteraan, kerajaan akan menghantar mereka ke universiti lain yang terpilih,” katanya.

Bulan lalu, media melaporkan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Universiti Al-Azhar bersetuju untuk menurunkan yuran pengajian pelajar tajaan MARA dalam bidang perubatan daripada RM150,000 kepada RM85,000 bagi tempoh lima tahun.

Pengurangan yuran pengajian sebanyak RM65,000 itu diperoleh hasil rundingan dengan pengurusan universiti berkenaan.

Susulan itu, MARA memperoleh kelulusan untuk menghantar 100 pelajar bidang perubatan melanjutkan pengajian ke universiti terbabit.

Justeru pengambilan kumpulan pertama akan dilakukan pada tahun ini dengan mengutamakan pelajar tahfiz ulul-albab.-BH Online