Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menafikan ASEAN teragak-agak mengangkat isu berkaitan Palestin melalui mesyuarat peringkat Menteri Luar blok itu yang berlangsung hari ini. 

Sebaliknya, tegasnya, ASEAN terus menyatakan pendirian kukuh dalam isu Palestin menerusi platform terbabit. 

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=1103367320&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1748179715&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1400344%2Fpemimpin-asean-bincang-isu-palestin-esok&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1748179719268&bpp=2&bdt=3441&idt=-M&shv=r20250521&mjsv=m202505200101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dd892a9d1649b5c6f%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748173070%3AS%3DALNI_Ma4xYZanDxOmI0aZr0FzkOwztMT7w&gpic=UID%3D000010e60fab97e1%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748173070%3AS%3DALNI_MY8BOP5sUa5-AL4yvRkOpgno4wQrw&eo_id_str=ID%3D759c8eaa641054b2%3AT%3D1748167719%3ART%3D1748173070%3AS%3DAA-AfjYhZ8gFYrDfwv-opDcO_FvY&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=8040115145664&frm=20&pv=1&u_tz=180&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=785&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95331832%2C95353387%2C95360814%2C95361619%2C95360956%2C95360692&oid=2&pvsid=4595652341999509&tmod=297844525&uas=1&nvt=1&ref=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1400344%2Fpemimpin-asean-bincang-isu-palestin-esok%3F__cf_chl_tk%3Dp.8wE4QIkL2bYLNWCSn1YjWT0iADcKjeofsjTBnReFk-1748179702-1.0.1.1-HQ_Hl7GhmN09888Pxu6E980xEsHjnkhH.rHox4O5810&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=2&uci=a!2&btvi=1&fsb=1&dtd=733

Katanya, persediaan sedang dibuat bagi membawa isu Palestin untuk dibincangkan oleh pemimpin ASEAN, esok.

“Dalam ucapan pembukaan (mesyuarat Menteri Luar ASEAN), saya nyatakan pendirian kukuh dalam ASEAN berhubung isu Palestin.

“Kita sedang menyediakan perkara yang akan dibincangkan oleh pemimpin esok. Ini adalah permulaan yang baik untuk isu terbabit dibincang secara terperinci,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu dalam ucapan pembukaan pada mesyuarat Menteri Luar ASEAN, Mohamad dilaporkan berkata, blok itu perlu lantang bersuara dan tidak boleh berdiam dalam membela pihak tertindas khususnyya isu Palestin, selain menawarkan penyelesaian berasaskan prinsip dan undang-undang antarabangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata, menyentuh isu berkaitan semakan terhadap permohonan Ukraine sebagai Rakan Dialog Sektoral, perbincangan lanjut akan dilakukan di peringkat pemimpin. 

“Kita meminta Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN (SOM) meneruskan tindakan sewajarnya,” katanya.-BH Online