Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Malaysia kini memiliki kereta elektrik (EV) pertama melalui inisiatif Proton Holdings Bhd (PROTON) dengan pengenalan Proton e.MAS 7.

Pelancaran yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan sahaja menandakan satu langkah besar dalam sektor automotif negara, malah turut menggambarkan komitmen Malaysia dalam mengorak langkah ke arah kemampanan dan inovasi teknologi hijau.

Ditawarkan pada harga bermula RM109,800, Proton e.MAS 7 tampil dengan dua pilihan iaitu varian Prime (bermula RM109,800) dan versi tertinggi Premium (RM123,800).

3,000 pelanggan awal bakal menikmati rebat RM4,000 yang menyaksikan varian Prime bermula RM105,800 dan Premium bermula RM119,800.

Perdana Menteri dalam ucaptama pelancaran e.MAS 7 berkata, pelancaran EV pertama jenama Malaysia adalah pencapaian penting dalam membawa kejayaan negara dalam sektor automotif.

“Sekarang kita saksikan kejayaan yang lebih mengagumkan. Ia menjadi pencapaian penting dalam sektor automotif dan perkemas hubungan yang terjalin antara PROTON dan Geely.

“e.MAS 7 menjadi tunjang Ekonomi MADANI ke arah peralihan karbon. Justeru, EV pertama Malaysia ini akan menjadi kenderaan rasmi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025,” katanya.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kabinet; Pengerusi PROTON, Tan Sri Syed Faisal Albar; Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group, Jerry Gan; dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Kedua-dua varian itu berkongsi unit janaan kuasa yang sama iaitu motor elektrik tunggal ’12-dalam-1′ yang memacu roda hadapan dengan janaan sebanyak 218 PS (160kW) dan tork maksimum 320 Nm.

Konfigurasi itu cukup untuk membolehkan Proton e.MAS 7 memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6.9 saat, sekali gus menjadikan ia model pengeluaran paling pantas PROTON setakat ini.

Dengan jentera yang dimiliki, Proton e.MAS 7 mampu memecut sehingga kelajuan maksimum 175 km/j.

Untuk jarak perjalanan, varian Proton e.MAS 7 Prime boleh bergerak sejauh 345 kilometer, manakala e.Mas 7 Konfigurasi itu cukup untuk membolehkan Proton e.MAS 7 memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6.9 saat, sekali gus menjadikan ia model pengeluaran paling pantas PROTON setakat ini.

Dengan jentera yang dimiliki, Proton e.MAS 7 mampu memecut sehingga kelajuan maksimum 175 km/j.

Proton e.Mas 7 menggunakan bateri lithium iron phosphate (LFP) dengan rekaan ‘bilah pendek’ Aegis yang dibangunkan oleh Geely.

Yang membezakan kedua-dua varian adalah kapasiti bateri yang berbeza iaitu varian Prime dilengkapi bateri berkapasiti 49.52 kWj manakala varian Premium pula dengan kapasiti 60.22 kWj.

Untuk jarak perjalanan, varian Proton e.MAS 7 Prime boleh bergerak sejauh 345 kilometer, manakala eMas 7 Premium dengan kapasiti bateri lebih besar boleh bergerak sejauh 410 kilometer untuk cas penuh.

Proton e.MAS 7 juga datang sistem pengecas pantas DC 80 kW untuk Prime dan 100 kW untuk Premium, membolehkan pengecasan dari 30 hingga 80 peratus dalam masa hanya 20 minit. 

Pengecas AC juga boleh digunakan dengan kadar maksimum 11 kW, membolehkan kadar cas 30 hingga 80 peratus dalam masa 4.9 jam untuk Prime dan 6.1 jam untuk Premium.

Premium dengan kapasiti bateri lebih besar boleh bergerak sejauh 410 kilometer untuk cas penuh.-BH Online