Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) baharu, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus sebagai Pengerusi SPA.

“Pelantikan ini berkuat kuasa pada 7 Jun 2024 untuk tempoh tiga tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.-BH Online