Sorting by

×

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terus berani dan tidak ‘terpukau’ ketika menjalankan siasatan terhadap golongan atasan, berpengaruh dan berdarjat.

Perdana Menteri berkata, dalam usaha memerangi gejala rasuah, golongan berkenaan akan terus menekan agensi penguatkuasaan itu untuk terlepas dari undang-undang.

“Saya mempunyai keyakinan kepada keluarga SPRM, yang diberikan mandat (menyiasat) tidak mengenal darjat dan keturunan. Rakyat perlu tahu, apa sahaja sanggahan dan lontaran kepada kita, tujuannya adalah untuk menyelamatkan nasib mereka.

“Ia tidak boleh dilakukan jika ada penjawat awam atau penguatkuasa merasakan hak mereka untuk memunggah hasil kerajaan dan menjalankan pentadbiran mengikut hukum rimba.

“Segelintir penguatkuasa mungkin akan terpukau khususnya membabitkan perasuah berpengaruh, berdarjat dan kumpulan alasan, yang akan menggunakan apa sahaja usaha termasuk media, media sosial, jentera kerajaan untuk menyerang,” katanya 

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di sini, hari ini.-BH Online