Sorting by

×

Dua pusat pengundian awal masing-masing di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infrantri dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia di Kuala Kubu Bharu, ditutup jam 5 petang ini. 

Kedua-dua pusat mengundi berkenaan dibuka mulai 8 pagi tadi.

Bagaimanapun, kadar terkini peratusan keluar mengundi awal belum lagi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun setakat jam 3 petang tadi, kadar mengundi awal menghampiri 100 peratus dengan merekodkan 96 peratus. 

Untuk rekod, seramai 863 pengundi awal bakal menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu yang baharu hari ini. 

Daripada jumlah itu, 625 anggota polis, 238 tentera dan pasangan berdaftar dengan SPR.-BH Online