Sorting by

×

Jenazah bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, sebentar tadi.

Proses pengebumian selesai kira-kira jam 3.15 petang.

Sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan, jenazah Allahyarham di bawa ke Masjid Negara untuk dimandi, dikafankan, disolat dan diberi penghormatan terakhir.

Solat jenazah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Majlis penghormatan terakhir di Masjid Negara itu dihadiri hampir 1,000 orang termasuk ahli keluarga serta pegawai dan anggota polis.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Jalan Memanah 13/55A, Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam dan selamat tiba di Masjid Negara kira-kira jam 11.10 pagi.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Selain itu, tiga bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Khalid Abu Bakar.-BH Online