Sorting by

×

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan, susulan pertambahan jumlah kenderaan menuju ke ibu negara selepas cuti panjang sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang tamat hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata setakat 8 malam ini, aliran trafik perlahan sepanjang 51 kilometer dari persimpangan Bentong Timur menghala Plaza Tol Karak.

Aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Sungai Petani-Perai dan Kuala Kangsar-Rawang, serta Pagoh-Senai.

“Aliran trafik perlahan malam ini susulan pertambahan kenderaan dan tiada kemalangan serta penutupan jalan dilaporkan pada ketika ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.-Bernama