Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sebanyak RM7 juta telah diluluskan kerajaan untuk penggantian paip usang di Pulau Enoe, di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerja-kerja penggantian melibatkan laluan sepanjang 1.5 kilometer dan dijangka siap pada 2025.

Beliau berkata, penggantian paip itu akan dilaksana secara berfasa bagi mengurangkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

“Saya juga sudah berbincang sama ada kita boleh melihat kepada hala tuju projek di Labuan ini untuk mencari sumber lain untuk bekalan air supaya tidak bergantung sangat dengan tanah besar Sabah sebab tanah besar pun ada masalah bekalan juga.

“Jadi kalau kita dapat melihat kepada sumber lain untuk bekalan air yang boleh menyalurkan 100 peratus bekalan untuk Labuan, itu akan lebih terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Lawatan Rasmi di Tapak Projek Pemasangan Paip Pulau Enoe, di sini.

Tambah Fadillah, penyelesaian sumber air diteliti bagi menampung keperluan di Labuan, agar tidak bergantung kepada bekalan dari Sabah.-Berita RTM