Sorting by

×

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyokong hasrat Agensi Berita Xinhua yang bersedia meningkatkan komunikasi dengan media Malaysia melalui platform dua hala.

Fahmi berkata, dengan kerjasama seumpama itu, ia dapat menyalurkan maklumat yang tepat antara kedua-dua negara selain meningkatkan persefahaman dan menggalakkan kerjasama yang lebih mendalam.

“Jadi kita ingin hubungan yang erat, dan jaringan berita yang luas. Malaysia akan jadi tuan rumah bagi ASEAN.

“Dalam konteks asia tenggara, saya lihat mungkin ada keperluan untuk kita tingkatkan hubungan. Sekarang ni kita ada hubungan dengan rakan-rakan wartawan dan agensi berita di Indonesia melalui ISMAWI,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara Bernama dan Agensi Berita Xinhua.

Kerjasama Bernama dan Xinhua dalam pertukaran berita bermula pada 14 Disember 1985 menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) di Kuala Lumpur.

Menurut Fahmi lagi, pembaharuan perjanjian ini juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun depan.

Beliau turut menggalakkan agensi berita di Malaysia agar memperluaskan hubungan dengan agensi berita di negara lain bagi memperkukuhkan hubungan yang antara media.-Berita RTM