Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua universiti agar tidak lupa akan kepentingan pendidikan dalam mempromosikan harmoni, uniti dan kemajuan negara.
Al-Sultan Abdullah bertitah ini kerana universiti mempunyai peranan penting dalam mencorak masa hadapan Malaysia dan menjadi tanggungjawab bersama dalam memacu negara ke arah kecemerlangan.
Seri Paduka bertitah demikian ketika majlis malam perayaan ulang tahun ke-60 Jabatan Pengajian Cina Universiti Malaya (UM) semalam.
Turut berangkat ke majlis yang diadakan di Dewan Tunku Canselor UM itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Meraikan ulang tahunnya yang ke-60, Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan tahniah kepada Jabatan Pengajian Cina atas sumbangannya terhadap kejayaan dan pertumbuhan universiti serta fakulti.
“Anda telah meletakkan remaja terbaik anda di universiti, menyediakan biasiswa, menerima pelajar sebagai pelatih, menyediakan geran penyelidikan untuk ahli akademik dan membiayai pelbagai projek sejak enam dekad yang lalu.
“Komitmen dan dedikasi anda telah memainkan peranan penting dalam melengkapkan pendidikan berkualiti yang diimpikan negara dan juga institusi kita,” titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah juga bertitah mengenai UM yang universiti itu telah secara konsisten menunjukkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.
“Beta berasa amat gembira apabila mengetahui mengenai pencapaian luar biasa UM mencapai kedudukan universiti ketiga terbaik di Asia Tenggara dan lapan universiti terbaik di seluruh Asia, menurut ranking 2023. Inilah bukti dedikasi dan kerja keras seluruh warga universiti,” titah Seri Paduka.
Yang di-Pertuan Agong turut memuji Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga merupakan Canselor UM, atas sokongan padu baginda terhadap pendidikan dan usaha mencari ilmu dalam negara.
“Beta amat mengagumi keghairahan baginda dalam mengejar sempadan ilmu; yang turut dijunjung sebagai misi universiti ini juga,” titah Baginda.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tan Sri Chan Kong Choy dalam ucapannya berkata majlis makan malam itu diadakan bagi memperingati 60 tahun penubuhan Jabatan Pengajian Cina, UM.
Beliau berkata jabatan itu ditubuhkan dengan tiga matlamat utama, termasuk menyelidik dan mempromosikan budaya Cina, mengukuhkan pembelajaran bahasa Cina, dan memudahkan pertukaran budaya dalam kalangan etnik. – BERNAMA