KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memaklumkan semua sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan beroperasi seperti biasa esok.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek melalui perkongsian di Facebook sebentar tadi.
“Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu beroperasi seperti biasa esok memandangkan bacaan IPU (indeks pencemaran udara) masih terkawal.
“KPM akan terus memantau perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa,” katanya.
Khamis lalu, Fadhlina memaklumkan sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diarahkan tutup susulan keadaan jerebu yang melanda negara.
Bagaimanapun di Pahang, beliau berkata penutupan hanya membabitkan daerah Rompin.
Sekolah lain di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak serta Labuan beroperasi seperti biasa. -BH Online
