Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pembentangan Belanjawan 2024 semalam tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, pembentangan Belanjawan semalam adalah yang lebih baik daripada sebelum ini.

Katanya, plan jangka panjang sudah ada dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Kementerian ekonomi sedang menyusun pelbagai perancangan, jangan dilihat bajet satu tahun ini sebagai bajet yang hanya dilihat dalam konteks keperluan semasa saja.

“Tetapi juga dilihat untuk jangka pendek dan jangka sederhana,” katanya selepas merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan 2023 di Taman Etnobotani, di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun berbeza faham politik, soal ekonomi dan imej negara tidak perlu dipolitikkan.

“Yang penting, apa yang sudah ditekan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan sudah dicerakinkan dengan cukup komprehensif dan membabitkan semua golongan masyarakat.

“Saya fikir bajet ini lebih baik daripada bajet sebelum itu,” katanya. – Sumber: Harian Metro