Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SERAMAI 400 jemaah haji B40 menolak menerima bantuan bersasar untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, atas faktor kemampuan kewangan, mereka mengambil inisiatif itu bagi memberi laluan kepada jemaah lain yang lebih memerlukan.

“Mereka menolak subsidi itu sebaliknya serahkan bahagian mereka kepada jemaah lain lebih layak.

“Saya ucapkan terima kasih kepada golongan ini kerana membuat keputusan tidak terima subsidi demi manfaat penerima lain.

“Ini sedikit sebanyak membantu Lembaga Tabung Haji (TH) menyalurkan bantuan kepada benar-benar memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Santun Kasih Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Perumahan Awam Sri Kota, Bandar Tun Razak, di ibu negara, hari ini.

Mohd Na’im berkata sebagai respon susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, berhubung langkah kerajaan bersedia menyusun semula pemberian subsidi yang disifatkan sebagai tidak munasabah kerana turut dinikmati golongan kaya dan rakyat asing.

Anwar dilaporkan berkata, pelaksanaan rasionalisasi subsidi penting bagi memastikan kewangan negara dapat terus diuruskan secara berhemah tanpa menambah hutang baharu kepada negara.

Mohd Na’im berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) sudah melaksanakan bantuan kewangan haji secara bersasar dengan mengecualikan jemaah T20 pada Musim Haji 1444H/2023M, Mei lalu.

Jelasnya, pelaksanaan bantuan haji bersasar itu berbeza daripada tahun terdahulu iaitu dipecahkan kepada tiga kelompok membabitkan B40, M40 dan T20.

“Ada kategori jemaah T20, mereka memang tak dapat subsidi dan perlu bayar penuh kos menunaikan haji.

“Ini memang sudah kita laksanakan (musim haji tahun ini),” katanya.

Dilaporkan, jemaah B40 perlu tahun ini perlu membayar RM11,980 dan RM15,980 bagi kumpulan M40 manakala T20 berpendapatan lebih RM15,000 sebulan perlu menanggung kos haji sepenuhnya.

Bagaimanapun, kerajaan menanggung kenaikan kos haji sebanyak RM1,000 bagi kumpulan B40 yang menyaksikan mereka hanya perlu membayar RM10,980 iaitu kadar sama tahun