Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

ISU kekurangan guru adalah isu bersifat sementara, kata Fadhlina Sidek.

Menteri Pendidikan (KPM) itu berkata, ketika ini KPM dalam proses pengambilan guru secara kontrak atau ‘Contract of Service‘ mengikut keperluan perkhidmatan.

“Kita baru selesai temuduga pengambilan one-off dan kini dalam proses pengambilan secara COS atau ‘Contract of Service‘,” katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutup Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Kuantan (UnIPSAS), di Kuantan, hari ini.

Fadhlina berkata demikian menjawab laporan media berkenaan dakwaan sekolah di seluruh negara mengalami kekurangan lebih 20,000 orang guru sehingga bulan lalu.

Beliau menjelaskan, KPM secara berterusan melakukan unjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi menangani isu itu.

Ketika ini terdapat kira-kira 418,000 guru di seluruh negara yang ditempatkan di 10,225 sekolah rendah dan menengah.

KPM sebelum ini membuka pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 tahun 2023 bagi mengatasi masalah kekurangan guru membabitkan 19,000 kekosongan seluruh negara. -Media Perpaduan