RASA cinta kepada negara patut disemai di sanubari rakyat Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agenda memperteguhkan nilai perpaduan, sikap ihsan dan kasih sayang antara semua kaum sempena menyambut Hari Malaysia, hari ini.
“Saya menggesa semua pihak untuk bersemangat pada hari besar ini dengan rasa cinta yang mendalam terhadap negara, sikap ihsan dan kasih sayang sesama warga dan perteguh perpaduan antara kaum.
“Saya yakin bahawa negara ini kuat dan mampu melonjak ke depan sekiranya kita berani menolak sikap prasangka, memupuk persefahaman dan kasih sayang.
“Selamat Hari Malaysia kepada seluruh anak bangsa!,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Anwar dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir ke sambutan Hari Malaysia 2023 bertempat di Kuching, Sarawak yang dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan yang paling bermakna.
Tahun ini, Sarawak menjadi penganjur sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Perpaduan, di Kuching pada pukul 8 malam ini. -Media Perpaduan