Sorting by

×

Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada China susulan penerbitan Peta Standard China 2023.

Menurut Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, nota bantahan adalah amalan standard dalam hubungan luar apabila terdapat pertikaian.

“Wisma Putra sudah mengeluarkan kenyataan (semalam) dan amalan kita, kita akan buat nota bantahan itu kerana itu sudah menjadi amalan kita.

“Jadi, berdasarkan kenyataan yang sudah kita buat, kita akan ambil tindakan seterusnya termasuk menghantar nota bantahan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2023, lapor Berita Harian.

Peta yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli Republik Rakyat China pada 28 Ogos 2023 turut melepasi Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Brunei, Filipina, Indonesia, dan Vietnam, selain beberapa kawasan di Arunachal Pradesh, Jammu dan Kashmir di India, dan wilayah Aksai Chin di Taiwan.