Sorting by

×

Dua individu telah ditahan oleh pihak polis kerana institusi diraja.

Suspek pertama ialah pemilik akaun Facebook Earth maalysia, 41 tahun ditahan kerana menghina institusi diraja Johor.

Suspek kedua ialah pemilik akaun Facebook Iman Mustaqim, 47 tahun ditahan kerana menghina sultan Selangor.

Kedua-duanya ditahan di Perak.

Menurut pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mereka ditahan reman selama tiga hari di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah sehingga 2 Sept.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.