Sorting by

×

Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa perpaduan antara berbilang bangsa dan kaum adalah kunci utama kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara.

“Malah, keutuhan perpaduan ini adalah juga kunci utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara serta benih dan sumber kekuatan bagi kita menghadapi apa jua cabaran semasa dan mendatang.”

Baginda turut bertitah bahawa ia bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.

Beliau bertitah demikian menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara.