Sorting by

×

Menteri-menteri dari DAP tidak pernah membantah apabila isu kepentingan Melayu dibangkitkan, kata presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Menteri-menteri DAP tak ada pun bila kita timbulkan hal kepentingan orang-orang Melayu, orang-orang Islam, tak ada pun mereka bantah.”

Beliau Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di dalam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dan pernah memegang portfolio pertahananan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bila saya menteri pertahanan, berkali-kali saya pergi jumpa Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Boleh tak beri sedikit imbuhan kepada veteran tentera?

Veteran tentera ini 90% Melayu Bumiputera. Dah dua tiga kali jumpa dia, dia kata okay. Maka dapatlah kita beri sagu hati RM500 kepada veteran tentera.

Lim Guan Eng tak kata, oh ini Melayu semua. Aku tak boleh beri, aku menteri kewangan. Tak ada. Begitu juga sekarang.

Mengambil contoh pentadbiran sekarang, Mohamad menyatakan Malaysia masih kurang beras sebanyak 35%.

India telah menghentikan eksport beras basmathi pada 20 Julai.

“Selain India, Malaysia turut mengimport beras Pakistan, Vietnam, Thailand. Kalau mereka kurangkan eksport, kita hadapi masalah beras.”

Justeru, jalan keluar dari kemelut ini adalah projek di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Kita cadang MADA buat perairan baru dengan peruntukan hampir RM4 bilion ringgit. Penduduk MADA di Kedah 90% orang Melayu-Islam. Pesawah orang Melayu.

Mohamad menegaskan keputusan kabinet diambil berdasarkan kepentingan rakyat, bukan kaum.

“Tak ada pun wakil rakyat DAP, menteri DAP membantah peruntukan lebih 4 bilion kepada pesawah kita yang 90% Melayu Bumiputera.

“Mereka tiada masalah asalkan bantu kepentingan negara. Inilah cara kabinet kita berjalan.

“Dalam perbincangan, apa saja dilihat dari sudut kepentingan rakyat tak kira Melayu Cina India, Bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Kalau ia menguntungkan rakyat, kita bersetuju bersama.”