Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Majoriti rakyat Kelatan masih belum membuat keputusan parti mana yang akan mereka undi dalam pilihan raya negeri Sabtu ini.

Menurut kajian yang dibuat oleh Ilham Centre, 52 peratus dari mereka belum membuat keputusan manakala 43 peratus menyatakan mereka menyokong Perikatan Nasional (PN) dan enam peratus sahaja yang mengaku akan mengunding Pakatan Harapan.

Respon dari pengundi di Terengganu juga menarik. 40 peratus dari respondan belum pasti parti mana yang mereka akan pilih manakala yang menyokong Pas adalah 45 peratus berbanding BN dan PH 15 peratus.

Dari kajian itu jelas majoriti pengundi di negeri PH iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan mahu mengekalkan PH dan BN di negeri mereka manakala pengundi di negeri Pas dan PN menyokong PN kecuali Kelantan.

Ilham bertanya kepada respondan mereka, “Pada pendapat anda, adakah anda akan memberi undi kepada PH-BN dalam pilihan raya nebgeri kali ini atas faktor kepimpinan Perdana Menteri?”.

Dari maklum balas yang mereka dapat, majoriti pengundi di negeri PH akan mengundi PH manakala majoriti pengundi di Terengganu dan Kedah tidak menyokong PH kecuali Kelantan yang belum membuat keputusan jelas.

Sementara itu, di lapangan pula, Barisan Nasional (BN) sangat bersemangat untuk memperolehi kemenangan dalam PRN kali ini berbanding dengan pilihan raya yang lepas.

Ini kerana, buat pertama kalinya mereka merasa peluang untuk menang adalah kali ini selepas lebih 30 tahun mereka mencuba untuk merampas kembali negeri yang jatuh kepada Pas pada tahun 1990 itu.

“Jentera BN sangat bersamangat kali ini. Mereka rasa inilah peluang terbaik untuk mereka menang apabila mereka bergabung dengan PH menentang Pas,” kata Pengerusi Amanah Kelantan yang juga Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad.

Dalam PRN ini, katanya, PH dan Amanah memainkan peranan sebagai pembantu kepada BN dalam pertembungan mereka dengan Pas.