Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Penukaran ketua pasukan pendakwaan dari Datuk Raja Rozela Raja Toran kepada Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dalam kes pendakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahidi telah dibuat kerana beberapa faktor.

Menurut Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun menjelaskan bahaww Raja Rozela telah membuat permohonan untuk bersara awal. Permohonan tersebut diluluskan dan berkuatkuasa 1 Nov 2023.

Raja Rozela juga telah memohon cuti sebelum bersara mulai 30 Ogos.

Idrus turut menjelaskan pendengaran kes Zahid akan berterusan sehingga Disember.

“Memandangkan kes melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih berlangsung dan tarikh-tarikh perbicaraan telah ditetapkan sehingga bulan Disember 2023, maka seorang ketua pasukan yang baharu perlu dilantik dari sekarang bagi memastikan kesinambungan kes pendakwaan melibatkan Zahid Hammidi.

“Keputusan ini dibuat dengan teliti bagi memastikan kes pendakwaan terhadap Zahid Hamidi tidak terjejas selain memastikan Jabatan Peguam Negara dapat menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan,” kata Idrus

Penjelasan di atas dibuat ekoran desas desus bahawa penukaran tersebut akan membawa kepada pelepasan tuduhan Zahid Hamidi.