Kerajaan Perpaduan telah bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran menerusi Kementerian Sumber Manusia, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu syarikat pengendali parcel hailing pula telah memberikan komitmen untuk menjadi lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah.
“Kesemua syarikat pengendali telah memberikan komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah serta meneliti dan memperhalusi lebih lanjut akan pandangan daripada pihak penghantar berhubung penentuan dan pengiraan kadar upah,” kata Anwar
“Penelitian lanjut ini penting, bahawa dalam menambah baik kadar upah penghantar, kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan agar tidak terbeban di samping turut mengambil kira keupayaan syarikat,” tambah beliau.
Perjumpaan dengan syarikat pengendali adalah susulan dari pertemuan perdana menteri dengan pemandu p-hailing pada 22 Julai.