Sorting by

×

Kerajaan melabur dalam masa depan masyarakat menerusi pendidikan wanita dalam bidang latihan pendidikan vokasional dan teknikal TVET menerusi program JELITA, umum Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“… Satu platform game-changer yang didedikasikan khas untuk memperkasakan golongan wanita di negara ini melalui pendidikan dan latihan kemahiran… merangkumi bidang seperti teknologi maklumat, kejuruteraan, teknologi agro sehingga kepada reka bentuk fesyen, seni kreatif, industri halal dan pelbagai lagi.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA) di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Usahasama TVET Madani ini dibuat menerusi kerjasama antara 12 buah kementerian serta penglibatan 1334 institusi TVET awam dan swasta, termasuk di bawah kerajaan negeri.

Menyentuh isu pemerkasaan wanita menerusi TVET, Zahid berkata wanita bukan sahaja memainkan peranan utama dalam pembentukan generasi akan datang, tetapi juga menjadi antara pemangkin pembangunan ekonomi negara.

“Justeru, Program TVET Khas Wanita yang diperkenalkan hari ini merupakan inisiatif yang penting dalam usaha memperkasa golongan wanita.

Zahid turut menyatakan bahawa Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) merupakan salah satu rakan strategik utama yang akan menyediakan kemudahan latihan TVET.

“Di masa hadapan nanti, UCAM boleh menerajui usaha penggabungan ini seterusnya dapat dijenamakan sebagai Kolej Universiti TVET Malaysia.”