Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sebanyak 3,173 kiosk perniagaan dengan panel solar akan dibina dan dinaiktaraf oleh 113 pihak berkuasa tempatan yang menerima peruntukan kerajaan bernilai RM49.14 juta, umum Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

“Ini ialah kiosk hijau pertama dalam negara berbekalkan tenaga solar, tidak menggunakan elektrik. Peniaga bukan sahaja boleh berniaga pada waktu siang, malah pada waktu malam juga,” kata Nga.

“Peniaga kecil boleh menjalankan perniagaan mereka secara berlesen dan selesa,” tambah Nga yang menyatakan kadar sewa seunit kiosk ialah RM300 sebulan.

Setakat ini 100 kiosk telah disiap dibina di bawah Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Baki 3,073 kiosk akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.

Kos pembinaan setiap kiosk adalah antara RM15,000 dan RM20,000 dengan reka bentuk dan warna seragam merah dan putih dan dilengkapi panel solar.

Menurut Nga, pemantauan berkala akan dilaksanakan oleh PBT untuk memastikan tiada kiosk disewakan kepada pihak yang tidak berkaitan khususnya warga asing.

“Lesen perniagaan akan dibatalkan serta merta sekirnaya terdapat peniaga menyewakan kiosk mereka.

Terdahulu dalam ucapannya Nga mengumumkan pengecualian sewa untuk tempoh enam bulan pertama kepada peniaga kecil yang beroperasi di Taman MyKiosk Taman Putra Perdana.