Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Exco negeri Pahang Fadzli Mohamad Kamal menafikan kenyataan timbalan menteri besar sementara Kelantan Mohd Amar Abdullah yang menyifatkan Kelantan dan Pahang berada di ‘liga’ yang sama memandangkan kedua-dua negeri mempunyai keunikan tersendiri.

“Statistik pencapaian ini menceritakan segala-galanya. Saya berharap agar permainan politik persepsi seperti ini dihentikan.

“Jika tidak tahu menari, janganlah dikatakan lantai jongkang-jongket.

“Setiap negeri ada keunikan masing-masing. Demografi berbeza, geografi juga berbeza. Menarilah mengikut rentak masing-masing.

“Di Pahang, kami menari ikut rentak Joget Pahang. Dan paling utama… kedudukan ‘Liga’ kita tak sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadzli menasihatkan Mohamad Amar memberi tumpuan kepada manifesto PAS Kelantan dalam pilihan raya negeri dengan fokus untuk meningkatkan taraf Kelantan

“Dan bukannya berbangga mengisytihar Kelantan selesa dalam ‘liga bawahan’.

“Lebih dahsyat lagi, beliau turut mengheret Pahang kononnya turut berada sama di kancah ‘liga bawahan’ itu juga.

“Tindakan ‘menepuk air di dulang’ ini amatlah dikesali kerana secara langsung mendedahkan kelemahan pentadbiran sendiri.”