Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengingatkan umat Islam bahawa perbuatan memutuskan hubungan kekeluargaan kerana politik kepartian adalah haram.

“Islam tidak pernah mengajar diputuskan hubungan rahim kerana perbezaan pendirian politik kepartian.

“Jika berlaku ia adalah satu sikap melampau dalam berpolitik. Politik sepatut menyatu bukan memecah.

Kenyataan ini bertepatan dengan waktu sekarang di mana penamaan calon pilihan raya negeri dijadualkan pada hari Sabtu.

Ia juga bertujuan untuk mengingatkan penyokong politik supaya tidak terlalu taksub sehingga memutuskan hubungan kekeluargaan.

“Hanya Khawarij dalam sejarah Islam yang memecah belahkan umat dengan mengkafirkan golongan yang berbeza aliran politik lalu mengkafirkan Khalifah Uthman Affan ra, Ali bin Abi Talib ra dan beberapa sahabat.”

Beliau turut memetik Surah al-Baqarah ayat 27 seperti berikut:
الَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِن بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُون