Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu notis rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negeri Johor berikutan kekosongan kerusi parlimen Pulai dan kerusi DUN Simpang Jeram ekoran daripada kematian penyandang, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurut setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak satu mesyuarat khas untuk menentukan writ pilihan raya akan ditentukan oleh SPR setelah notis kekosongan diterima.

“Kita menunggu notis rasmi berkaitan kekosongan tersebut dari Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Johor,” katanya.

Pilihan raya kecil untuk kedua-dua kerusi akan diadakan berikutan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub semalam.

Allahyarham meninggal dunia semalam di Hospital Sultan Bahiyah, Alor Setar pukul 9.23 malam setelah mengalami pendarahan otak.