Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

DAP mengetengahkan 15 calon setelah kehilangan Dusun Tua kepada Umno untuk pilihan raya negeri (PRN) Selangor.

Setiausaha DAP Kebangsaan Anthony Loke mengucapkan syabas kepada DAP Selangor kerana meremajakan barisan calon untuk PRN kali ini.

Purata umur calon ialah 43.6 tahun. Calon paling tua ialah Lee Ki Hiong manakala paling muda, Michelle Ng.

Tiga daripada mereka berumur 34 tahun. Terdapat 6 calon baru bersamaan 40% calon. Dua per tiga calon lelaki dan satu pertiga wanita.

Lima dari 15 kurang daripada 40 tahun.

Loke turut menjawab kontroversi DUN Dusun Tua yang telah diserahkan kepada Umno/BN. Kerusi tersebut sebelum ini diwakili Edry Faizal Eddy Yusof.

“DAP telah cadang Speaker Dewan negeri Selangor dari kalangan bukan ADUN. Ini syarat kita bila kita serah DUN Dusun Tua.

“Kita akan namakan Lau Weng San sebagai Speaker DUN sekiranya kita menang.”

Dalam menyatakan penghargaan kepada para penyandang yang telah memberikan laluan, Loke turut mengumumkan Ean Yong Hian Wah, bekas ADUN Seri Serdang yang akan ditugaskan sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang.

Berikut adalah senarai calon DAP di Selangor

N04 Sekinchan Ng Suee Lim
N06 Kuala Kubu Baharu Lee Ki Hiong
N22 Teratai Yu Jia How
N27 Balakong Ong Chun Wei
N28 Seri Kembangan Wong Siew Ki
N30 Kinrara Ng Sze Han
N31 Subang Jaya Michelle Ng
N34 Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran
N35 Kampung Tunku Lim Yi Wei
N36 Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin
N45 Bandar Baru Klang Qua Perng Fei
N47 Pandamaran Leong Tak Chee
N50 Kota Kemuning Preakas Sampunathan
N52 Banting Papparaidu Veraman
N56 Sg Pelek Lwi Kian Kiong

DAP Selangor turut bertafakur selama seminit sebagai penghormatan kepada allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia malam tadi.