Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke telah mengumumkan senarai 11 calon partinya yang akan bertanding di dalam pilihan raya negeri tersebut pada bulan depan.

Parti tersebut mengetengahkan 1 calon baru di Rahang manakala Loke sendiri yang juga Setiausaha Agung DAP akan mempertahankan kedudukannya di Chennah.

“Negeri Sembilan dimenangi dengan semangat Pakatan Harapan pada 2018. Saya anak tempatan Negeri Sembilan – membesar di sini dan memulakan karier politik di sini. Sudah tentu Negeri Sembilan dekat di hati saya.

“Sebanyak 10 kerusi kita kekalkan sebagai status quo dan kita ketengahkan muka baru di Rahang. Ramai calon DAP di Negeri sangat muda, dari umur 30an ke 60an,” kata beliau selepas majlis pengumuman calon Negeri Sembilan malam tadi.

Berikut adalah calon DAP Negeri Sembilan:

N1 Chennah – Anthony Loke
N8 Bahau – Teo Kok Seong
N10 Nilai – J Arul Kumar
N11 Lobak – Chew Seh Yong
N12 Temiang – Ng Chin Tsai
N21 Bukit Kepayang – Nicole Tan Lee Koon
N22 Rahang – Desmond Sian Meow Kong
N23 Mambau – Yap Yew Weng
N24 Seremban Jaya – P. Gunasegaran
N30 Lukut – Choo Ken Hwa
N36 Repah – S Veerapan