Sorting by

×

Setiausaha PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa perjumpaan beliau dengan mantan Menteri Dalam Negeri di bawah kerajaan Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin adalah berkaitan surat tunjuk sebab daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkaitan aduan ahli parti.

Menurutnya RoS memberi tempoh dua minggu kepada PKR membalas surat atau PKR ketika itu akan berdepan pembatalan parti.

“Surat RoS itu bukan berkaitan nak batalkan keputusan pemilihan , itu kenyataan politik (Hamzah), itu biasalah musim sekarang (pilihan raya).

“Surat tunjuk sebab RoS itu kerana aduan anggota parti termasuk berkait soal masalah disiplin ahli, Jadi saya sebagai setiausaha agung parti perlu menjawab surat RoS itu,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas Sambutan Hari Imigresen 2023 di sini hari ini.

Hamzah yang kini menjadi Ketua Pembangkang membuat dakwaan tersebut malam tadi dalam sesi ceramahnya.