Sorting by

×

Rupanya peneroka yang dilupuskan hutang oleh bekas perdana menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin adalah bekas Exco Kerajaan Negeri Johor dan pemimpin Bersatu.

Perkara ini terdedah selepas media yang didakwa Pro Perikatan Nasional melaporkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hutang Felda mengelirukan.

‘Peneroka’ itu mendakwa, Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin tidak berbohong ketika berkata Anwar bohong dalam isu hutang Felda.

Selepas mendapat kritikan hebat, media berkenaan telah menukar kandungan beritanya dengan memasukkan fakta bahawa peneroka itu, Tosrin Jarvanthi, 73, adalah juga bekas Exco dan Adun negeri Johor serta pemimpin Bersatu.

“Saya tampil sebagai peneroka Felda yang mahu membetulkan apa yang diperkatakan tentang hutang peneroka Felda ketika Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri,” kata Tosrin yang diperkenalkan oleh media berkenaan sebagai peneroka Felda Taib Andak pada berita awal media berkenaan yang mendapat kecaman ramai.

Sebelum ini Mahiaddin mendakwa, PM Anwar berbohong ketika mengumumkan beliau melupuskan hutang Felda.

Menurut Mahiaddin beliau telah melupuskan hutang itu ketika menjadi perdana menteri dahulu.

Menurut Anwar, Mahiaddin hanya mengumumkan perkara itu tetapi tidak melaksanakan janji itu sehinggakan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri.