Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Berdasarkan data dan statistik, pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah Datuk Mahfuz Omar yakin 16 kerusi akan berada dalam tangan gabungan PH-BN dan hanya tiga kerusi lagi diperlukan untuk majoriti mudah dan membentuk kerajaan.

“Kekuatan kita memang ada di bandar dan pinggir bandar, tapi apa perlu dilihat ialah perubahan sekarang sudah sampai ke luar bandar.

“Perubahan untuk orang (pengundi) rasa sudah tak dapat nak terima (PN) lagi. Mungkin mereka terpengaruh dan terpedaya seperti diungkapkan sebelum pilihan raya, mereka rasa macam bersalah undi PN dengan mempercayai sentimen ditiupkan kononnya ada ancaman kepada agama dan bangsa,” katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

DUN Kedah terdiri daripada 36 kerusi di mana PN memegang 20 kerusi manakala PH mempunyai 10 kerusi, Umno-BN mempunyai dua kerusi dan dua lagi dipegang Pejuang.

Dua kerusi dikosongkan iaitu Gurun dan Belantek. Adun Gurun, Tan Sri Johari Abdul mengosongkan kerusi dan menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Adun Belantek Isa Shafie meninggal dunia pada 14 Jun.

Dun Kedah dibubarkan pada 28 Jun dan pilihan raya akan dilangsungkan pada 12 Ogos.