Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Tindakan PAS yang tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan membatalkan kemenangan calonnya di Kuala Terengganu disifatkan oleh Amanah sebagai pengakuan bahawa rasuah berlaku semasa PRU15.

“Tidak rayu ini maknanya secara mudah ialah mengaku. Mengapa tidak rayu? Kalau isu teknikal itu saya rasa bolehlah kita pandang sepi tapi kalau orang tuduh kita rasuah, lakukan rasuah pilihan raya, tidak merayu, jadi ini mungkin ada something wrong.

“Saya rasa pelik sedikit kerana sepatutnya kalau kita betul-betul pertahankan kita tidak rasuah maka logiknya, kita akan rayu kes itu di peringkat Mahkamah Rayuan,” kata Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada pemberita di Kota Kinabalu semalam.

Semalam Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan mewajarkan keputusan partinya atas alasan Mahkamah Persekutuan akan mengambil masa enam bulan dan tidak mahu kebajikan rakyat terabai.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim, yang mewakili PAS, bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 27 Jun.