Sorting by

×

Naib pengerusi DAP Nga Kor Ming mencabar negeri tadbiran Perikatan Nasional mengetengahkan laporan prestasi pencapaian mereka di negeri-negeri tersebut.

Negeri – negeri yang dimaksudkan adalah Kedah, Terengganu sejak 2018 dan Kelantan, 1990.

Ketiga-tiga negeri tersebut berada di bawah pentadbiran PAS-PN.

“Hari ini saya ingin bertanya negeri-negeri yang ditadbir oleh parti agama untuk mengetengahkan laporan prestasi mereka,” kata Nga yang juga adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau turut meremehkan dakwaan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Amar Nik Abdullah yang menafikan Kelantan adalah negeri mundur berdasarkan keberadaan Aeon Mall di Kelantan.

“Aeon dibina oleh kerajaan negeri atau pelabur swasta? Ia mercu tanda tetapi tidak boleh diterima (sebagai bukti pembangunan),” tanya beliau.

Justeru itu laporan prestasi diperlukan untuk membolehkan rakyat menilai sendiri.

Kelantan dan lima negeri lain akan menyaksikan pilihan raya negeri pada 12 Ogos.