Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar para pengkritik untuk membuktikan kerajaan perpaduan pimpinannya anti-Islam.

Anwar menyatakan bahawa pentadbirannya telah memberikan peruntukan lebih tinggi untuk program Islam dan sekolah agama berbanding dengan kerajaan PN sebelum ini.

“Bagaimana mereka (pengkritik kerajaan perpaduan) boleh kata kita anti Islam?

“Berikan saya contoh bila saya khianati Islam sebagai perdana menteri,” kata beliau dalam satu ceramah di Negeri Sembilan.