Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperbodohkan pengundi dengan memainkan retorik bahawa kerajaan persekutuan akan tumbang seusai pilihan raya negeri.

Sama ada Tuan Ibrahim mimpi siang hari atau tidak, wallahua’lam! Tetapi beliau wajar mendapat nasihat doktor.

Menurut laporan Harakah Daily, Tuan Ibrahim berkata: “Pilihan raya kali ini sangat penting dan unik. Jika kita dapat pertahankan Kelantan, Terengganu, Kedah dan tawan Selangor, Negeri Sembilan, insya-Allah kerajaan pusat akan tergugat dan tidak mustahil akan jatuh.”

Pilihan raya negeri membabitkan pemilihan ahli ke Dewan Undangan Negeri. Mereka yang bertanding dan menang di dalam pilihan raya umum ke 15 pergi ke Dewan Rakyat.

Bagaimana mungkin kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tergugat?

Pindaan perlembagaan yang mengharamkan tindakan solo ahli parlimen berpindah parti sudah menjadi undang-undang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengulas bahawa kedudukan kerajaan persekutuan tidak diancam oleh keputusan pilihan raya negeri. Beliau berkata begitu di dalam temu ramah eksklusif 101 East, terbitan Al-Jazeera.

Timbul juga persoalan samada Tuan Ibrahim mahu menyebabkan ketidakstabilan politik.

Tidak cukupkah perubahan perdana menteri dan ketidakstabilan politik yang berlaku ketika Pas berada dalam kerajaan pusat?

Adakah rakyat akan dijadikan bidak sekali lagi demi kerakusan politik PAS yang mahukan kuasa? Tuan Ibrahim Tuan Man memperbodohkan pengundi

Timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperbodohkan pengundi dengan memainkan retorik bahawa kerajaan persekutuan akan tumbang seusai pilihan raya negeri.

Sama ada Tuan Ibrahim mimpi siang hari atau tidak, wallahua’lam beeshawab tetapi beliau wajar mendapat nasihat doktor.

Menurut laporan Harakah Daily, Tuan Ibrahim berkata: “Pilihan raya kali ini sangat penting dan unik. Jika kita dapat pertahankan Kelantan, Terengganu, Kedah dan tawan Selangor, Negeri Sembilan, insya-Allah kerajaan pusat akan tergugat dan tidak mustahil akan jatuh.”

Pilihan raya negeri membabitkan pemilihan ahli ke Dewan Undangan Negeri. Mereka yang bertanding dan menang di dalam pilihan raya umum ke 15 pergi ke Dewan Rakyat.

Bagaimana mungkin kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tergugat?

Pindaan perlembagaan yang mengharamkan tindakan solo ahli parlimen berpindah parti sudah menjadi undang-undang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengulas bahawa kedudukan kerajaan persekutuan tidak diancam oleh keputusan pilihan raya negeri. Beliau berkata begitu di dalam temuramah eksklusif 101 East, terbitan Al-Jazeera.

Timbul juga persoalan samada Tuan Ibrahim mahu menyebabkan ketidakstabilan politik.

Tidak cukupkah perubahan perdana menteri dan ketidakstabilan politik yang berlaku ketika Pas berada dalam kerajaan pusat?

Adakah rakyat akan dijadikan bidak sekali lagi demi kerakusan politik PAS yang mahukan kuasa?