Menurut kajian sebuah badan bukan kerajaan, Untuk Malaysia, seramai 211,544 calon SPM gagal atau tidak menduduki peperiksaan tersebut dari tahun 2019 hingga 2021.
Dari jumlah tersebut 140,474 calon tidak mendapat sijil kerana gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, atau Sejarah atau kedua-duanya sekali.
Seramai 71,070 calon pula tidak hadir semasa peperiksaan tersebut.
Mengapa ini berlaku?
Inilah bahana pentadbiran Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai perdana menteri.
Masa depan generasi seterusnya diperjudikan dengan pelaksanaan PKP seluruh Malaysia.
Jangan lupa Dewan Rakyat turut ditutup di bawah PKP semasa pentadbiran Mahiaddin.
Inilah bahana Perikatan Nasional menerajui kerajaan persekutuan.
Nasib anak Melayu B40 diperjudikan.
Inikah kerajaan negeri yang diimpikan dalam pilihan raya negeri di enam negeri?
Tepuk dada tanya selera. Apakah anda mahu memperjudikan nasib anak bangsa kita?