Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ahli PAS baru, Tan Sri Annuar Musa mudah lupa seperti juga yang diperkatakan oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir terkenal dengan ayat, “Melayu muda lupa.

Annuar berkata bahawa beliau melawan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menentang kerjasama Umno dengan PKR dan DAP.

“Hamba sedar jawatan hamba boleh dicabut begitu sahaja tapi kalau mulut hamba ini diam dan tidak menegur apa yang presiden buat, yakni meninggalkan sahabat parti bumiputra Islam, nak pergi kepada parti sosialis, liberal maka over my dead body.

“Saya tidak menyokong tindakan itu. Hamba tidak ada niat nak pergi kepada parti lain. Hamba menolak gesaan Zahid nak kerjasama dengan DAP dan Anwar atas dasar prinsip.”

Lima tahun lalu, individu bernama Annuar Musa yang ketika itu setiausaha agung Umno begitu terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Kita (UMNO) ingin terbuka kepada sebarang pilihan.

“Formula lama gabungan Barisan Nasional (BN) sudah ketinggalan zaman,” katanya merujuk kepada kemungkinan kerjasama di antara Umno / BN dan Pakatan Harapan.

Justeru itu tidak perlulah Annuar bicara soal prinsip. Kenyataannya tidak ubah bagaikan sesumpah politik.