Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meneruskan serangan ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan membangkitkan perihal warga China yang bekerja dengan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Kedah.
“Bolehkah Sanusi namakan warga China yang masuk dengan visa pekerja dan kerja dengan MBI dan telah ditahan di Baling?” soal Saifuddin yang juga adalah Menteri Dalam Negeri.
“Boleh Sanusi mengesahkan? Dia (pekerja) dapat pas iktisas bekerja dengan MBI dan ditangkap. Pasal apa dia ditangkap?
“Boleh Sanusi jelaskan kenapa CEO MBI dengan warga China tubuh syarikat walaupun masuk dengan pas sosial biasa?
“Senaraikan berapa yang direstui duduk dengan CEO MBI.
Perkara ini dibongkarkan oleh Saifuddin semasa Jelajah Perpaduan Madani dan pelancaran jentera Perpaduan Pulau Pinang di Seberang Jaya