Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bangga dengan barisan kabinetnya kerana setelah lapan bulan menerajui kerajaan, tiada seorang pun menterinya yang berhadapan dengan sebarang tuduhan.

“Saya bangga, dalam lapan bulan tiada satu pun tuduhan sakau oleh mana – mana menteri,” katanya ketika berucap di sesiJelajah Perpaduan Madani dan pelancaran jentera Perpaduan Pulau Pinang di Seberang Jaya

Beliau turut memberikan amaran kepada Perikatan Nasional bahawa mereka akan berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana melakukan perkara – perkara yang bertentangan dengan tatakelola baik dan integriti.

“Semua, kalau diteliti ada rekod. Saya ulangi amaran saya. Anda bercakap berkenaan integriti dan tatakelola. Dengan rekod anda, biar badan (penguatkuasa) siasat. Dia sakau banyak, dia guna itu untuk serang.

Anwar turut menyasarkan serangan ke arah presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin yang pernah menjadi perdana menteri sebelum ini.

“Masa awak Perdana Menteri, Menteri kewangan berbilion sakau. Ada akaun bersama, di bank luar negara.

Anwar turut menjelaskan kemunafikan pimpinan Bersatu dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyakau berbilion ringgit tetapi kini menjadi pejuang Melayu.

“RM100 juta bukan, RM1 billion bukan, berbillion biliion sekarang semua jadi pejuang Melayu. Hidup Melayu… dan ada orang Melayu terpukau.

“Masa dia jadi perdana menteri bantuan sekolah agama rakyat dibatalkan. Dia panggil PAS parti orang kafir. Mahiaddin panggil PAS parti ajaran sesat.

Beliau turut mengarahkan parti komponen Barisan Nasional dan Pakatan Harapan untuk mengumpulkan kekuatan akar umbi dan mengerahkan seluruh tenaga dalam pilihan raya negeri ini.

“Umno ada kekuatan di kampung-kampung, DAP di bandar, Keadilan campur-campur. Kalau PH dan BN ada strategi ampuh, kumpul kekuatan akar umbi untuk masa depan.

“Tiada siapa yang boleh goyahkan kita. Percayalah, tiada siapa yang boleh goyahkan kita. Syaratnya, kerah seluruh tenaga.”