Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kerajaan Negeri Melaka bercadang bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mempromosikan produk Orang Berinsurans (OB) sempena Tahun Melawat Melaka (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, produk yang dihasilkan oleh OB mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu menarik perhatian para pelancong selain mampu memberi pulangan kepada negeri dan golongan berkenaan.

“Selain daripada melatih mereka kembali untuk bekerja dalam bidang yang luar daripada kebiasaan, kerajaan negeri melalui TMM 2024 menyediakan beberapa tempat buat mereka memasarkan produk yang dihasilkan sekali gus memberi keyakinan kepada mereka yang dalam proses pemulihan”, kata Rauf demikian selepas awatan kerja rasmi Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, di sini.-Berita RTM